20 October 2019

TUNAI UMRAH BERSAMA MADU, IBU & ANAK - ZARINA ZAINUDDIN MOHON MAAF


"Assalamualaikum. Saya ingin mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf dari hujung rambut ke hujung kaki diatas segala dosa dan kesilapan saya sama ada dari segi percakapan atau perbuatan. Saya bersama madu saya Datin Seri Hajah Norhasimah Mohd Noor, ibu saya Zahura binti Abdul Mutalib dan anak saya Muhammad Raizal Azrai bin Abu Raihan akan ke Mekah menunaikan umrah bersama saudara jemaah yang lain.





"Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik dan mendapat umrah yang mabrur," demikian tulis pelakon dan usahawan Zarina Zainuddin menerusi laman Instagram miliknya yang memohon maaf buat semua sebelum berangkat ke Tanah Suci bagi menunaikan umrah, awal semalam.

Dalam entri tersebut, Zarina telah memuatnaik video serta gambar-gambar sebelum berangkat menunaikan umrah. Menerusi video itu, seorang anak istimewa Zarina iaitu Muhammad Raizal azrai (Azal) sedang membacakan doa serta ucapan maaf sebelum berangkat.

Selain Azal, turut sama menyertai rombongan ke Tanah Suci ialah madunya, Datin Seri Hajah Norhasimah Mohd Noor serta ibu Zarina. Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata peminat termasuk rakan selebriti mendoakan yang terbaik dan semoga semuanya dipermudahkan sepanjang berada di sana.

Klik untuk gambar besar













www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Zarina Zainuddin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: