20 October 2019

INDIVIDU LABEL ARTIS 'SYAITAN': "AJAK GI MAHKAMAH TAK NAK" - SHEIRA


Menerusi laman Instagram, pelakon Sharifah Shahira atau lebih mesra dengan panggilan Shiera telah berkongsi perbualannya bersama individu dan meluahkan rasa kurang senangnya apabila terdapat seorang netizen cuba melabelkan kerjaya artis sebagai syaitan.





Berdasarkan gambar 'screenshot' tersebut, wanita yang dikenali sebagai Alizah dilihat cuba melakukan provokasi dengan melabelkan artis sebagai syaitan: "Salah ke saya cakap serupa syaitan. Kenapa semua artis ni tak boleh tunjuk contoh baik pada bangsa," kata individu berkenaan.

Menerusi posting tersebut, Shiera dilihat turut membalas tuduhan berkenaan: "Jangan menghukum orang kalau dah rasa baik sangat. Nak ajak gi mahkamah tak nak, aku cakap nak jumpa terus diam. Nak sangat tahu artis serupa setan, tak apa kami paham kami setan. Tapi ini lagi seram dah baling batu lari," tutur Shiera.

Klik untuk gambar besar


Menjengah ke ruang komen, rata-rata netizen kesal apabila individu berkenaan sanggup mengeluarkan perkataan berbaur penghinaan. Tidak kurang juga yang menyifatkan tindakan wanita tersebut sebagai stratergi untuk mempromosikan akaun Instagramnya.

Terdahulu Shiera pernah meluahkan rasa kesal terhadap sikap netizen yang gemar menjatuhkan hukum tanpa mengetahui niat sebenar. Menurut Shiera, netizen terbabit tidak sepatutnya membuat spekulasi yang boleh memburukkan namanya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Sharifah Shahirah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: