20 October 2019

NOORKHIRIAH TAK PERCAYA NAIB JUARA: "APA SEBENARNYA ALLAH NAK TUNJUK"


Masih merasakan dirinya tidak layak untuk bergelar naib juara dalam final All Stars Buka Panggung (ASBP) yang berlangsung kelmarin, pelakon Noorkhiriah berkata, dia masih lagi dalam keadaan tidak percaya kerana berdasarkan sokongan peminat, dia dilihat agak ketinggalan jauh.





"Terus terang saya baru saja ada kelab peminat beberapa bulan lalu. Itu pun ada 59 orang je waktu tu. Jadi bila masuk ASBP ni saya jadi takut, siapa nak sokong nanti," tuturnya.

Menurutnya, walaupun dihimpit rasa bimbang dan takut, namun dia masih bersyukur kerana Tuhan mempermudahkan perjalanannya menyertai ASBP: "Saya rasa macam magic! Nak masuk separuh akhir pun saya tak sangka, inikan pula ke peringkat final dan sekarang saya jadi naib juara pula.

Klik untuk gambar besar


"Ya Allah, apa sebenarnya yang Kau nak tunjuk ni, Ya Allah? Alhamdulillah, kelab peminat saya kini sudah pun mencecah 300 orang. Semua itu rezeki dan saya amat bersyukur," katanya.

Untuk rekod, pelakon Zul Huzaimy dinobatkan sebagai juara bagi program All Stars Buka Panggung (ASBP) musim pertama sekali sekali gus membawa pulang hadiah paling lumayan berupa wang tunai sebanyak RM50,000 berserta trofi.

Nookhiriah pula berada di tempat kedua dengan dengan hadiah bernilai RM25,000 berserta trofi. Tempat ketiga dan keempat pula milik Datuk Aaron Aziz dan Rita Rudaini masing-masing membawa RM 10,000 dan RM 5,000 berserta trofi.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Noorkhiriah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: