19 October 2019

ELLY MAZLEIN TERUJA & TERHARU SELAMAT DIRISIK HARI INI


Meluahkan rasa teruja dan terharu apabila dirisik keluarga kekasihnya, Azlan hari ini, penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, 39, berkata, ini kali pertama dia dapat merasai pengalaman dirisik.





"Dalam perkahwinan terdahulu tiada adat merisik. Apabila bakal ibu mentua datang bawa rombongan untuk merisik, saya rasa sangat dihargai dan dimanjakan. Ini lebih kepada adat sebenarnya dan bukan wajib pun. Namun, tak salah kalau kita nak adakan sedikit majlis untuk meraikannya," katanya.

Elly yang mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom bagaimanapun memaklumkan majlis merisik itu diadakan secara tertutup yang hanya dihadiri keluarga kedua belah pihak: "Merisik impian semua wanita dan untuk majlis ini, kami adakan secara tertutup hanya untuk keluarga serta kenalan terdekat. Merisik juga adalah proses untuk kedua belah keluarga saling mengenali. Terima kasih kepada bakal suami dan keluarga kerana menerima saya seadanya".

Klik untuk gambar besar


Katanya lagi, dia akan menjemput rakan-rakan media untuk hadir di empat majlis seterusnya: "Insya-Allah, majlis pertunangan, malam berinai berkonsepkan Cik Siti Wan Kembang, acara akad nikah dan resepsi, saya akan jemput rakan-rakan media yang banyak membantu saya selama ini. Insya-Allah, kita akan berjumpa di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) nanti".

Di Instagram, Elly berkongsi beberapa foto persiapan untuk majlis merisik itu dan menggunakan hashtag #MajlisMerisik dan #MerisikCintaAzlanElly. Penyanyi lagu 'Bungaku Bakawali' itu mengenali kekasihnya yang hanya diperkenalkan dengan nama Azlan sejak Ogos tahun lalu dan sehingga kini, belum berkongsi foto wajah kekasihnya itu secara terbuka. Sebelum ini, Elly pernah berkahwin dengan pengarah Azmi Hatta dan dikurniakan cahaya mata, Putri Sara Sefhia Azmi sebelum bergelar ibu tunggal selama tiga tahun.










www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Media Hiburan & Instagram Elly Mazlein


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: