19 October 2019

BILA CHE TA TERINGIN CABAR KEMAMPUAN DIRI DI PENTAS KOMEDI


Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta dikenali sebagai seorang yang tebal dengan sikap humor dalam kalangan mereka yang rapat. Ada sahaja modal yang membuatkan mereka tidak kering gusi, malah sesekali sifat humor itu dikongsi menerusi keterangan gambar yang dimuatnaik Che Ta di laman sosial, Instagram.





Namun, sehingga ini, Rozita belum pernah menerima tawaran beraksi di pentas komedi, biarpun jauh di sudut hati, dia teringin mencabar kemampuan diri: "Sebelum ini, saya hanya ditawarkan berlakon drama komedi, tetapi belum diberikan kesempatan bersaing di pentas sebagai pelawak. Saya tidak kisah mencuba, asalkan ia spontan dan tidak dibuat-buat.

"Cuma, apabila menyentuh mengenai pertandingan, siapa yang tidak gementar dan kecut perut, terutama apabila diminta membuat perkara yang selama ini bukan 'makanan'. Namun, jika diberi kepercayaan, saya akan berusaha membiasakan diri," katanya.

Klik untuk gambar besar


Tambah isteri kepada Zain Saidin itu, dia tidak menganggap dirinya kelakar, biarpun ramai mengakui, dia mempunyai kelebihan itu: "Ia cuma pandangan mereka yang rapat, namun secara peribadi, saya tidak pasti apakah saya berpotensi menjadi pelawak atau sebaliknya".

Dalam perkembangan lain, Rozita berkata, dia teruja menanti ketibaan hari ulang tahun kelima puterinya, Aaisyah Dhia Rana pada 1 November ini: "Kalau tiada aral, saya merancang bawa Aaisyah bercuti ke Shanghai, China, bulan depan. Insya-Allah, suami juga akan bersama. Tahun lalu, kami sekeluarga meraikan ulang tahun kelahiran Aishah di Jepun".


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Rozita Che Wan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: