08 October 2019

BILA SAJAT BERI 'HINT' FASHA 'HAMIL': "COMEL BERBADAN DUA"


Menerusi laman Instagram, usahawan kosmetik dan penyanyi, Nur Sajat telah memuatnaik beberapa foto yang diambil sekitar majlis perkahwinan usahawan dan jurusolek, Datuk Alha Alfa baru-baru ini. Menariknya, foto Sajat bersama pelakon Fasha Sandha dan adiknya, pelakon Elisya Sandha telah menarik perhatian apabila kapsyennya seakan-akan memberi 'hint' tentang teman rapatnya, Fasha yang dikatakan sedang berbadan dua.





"Walaupun lama tak jumpa, tapi bila jumpa harus bergambar tau, my lovely cute friend @fashasandha dan @elisyasandhaofficial... Comel sis @fashasandha berbadan dua, nanti ada masa kita lepak sama ya," tulis Sajat pada foto terbabit.

Sebelum ini, netizen sudahpun berteka-teki dan mengesyaki aktres jelita itu sedang hamil. Namun isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu memilih untuk berdiam diri tanpa sebarang kenyataan sehingga kini. Terdahulu, Fasha disahkan mengandung dua bulan hasil perkahwinannya bersama Aidil, namun kandungan itu tidak panjang umur dan gugur pada Mac lalu.

Menerusi perkahwinan terdahulu bersama bekas suaminya, Jejai atau nama sebenarnya Rizal Ashram Ramli, Fasha telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Nur Sajat & Instagram Fasha Sandha


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: