08 October 2019

"ARWAH BAPA ISTERI BERPESAN....." - TAJUL DEDAH SEBAB KAHWIN 19 TAHUN


Industri muzik nampaknya kecoh selepas penyanyi Tajul Ariff mendedahkan dirinya sudah pun berkahwin kira-kira dua tahun lalu dan bakal bergelar ayah tidak lama lagi selepas isterinya, Nurul Shamieza Eddie kini sedang hamil lapan bulan anak pertama dan dijangka bersalin bulan hadapan.





Menurut Tajul yang kini berusia 21 tahun itu, dia terpaksa merahsiakan status perkahwinannya atas permintaan isteri yang mahukan privasi. Ditanya sama ada dia berbuat demikian kerana bimbang pandangan peminat, Tajul ada jawapannya sendiri.

Menerusi potongan video kedua di laman Instagram radio Hot FM, Tajul turut mendedahkan dia mendirikan ruamh tangga pada usia 19 tahun atas sebab tertentu: "Saya rasa benda ini jodoh tapi sebenarnya ini adalah permintaan keluarga isteri Tajul. Arwah bapa kepada isteri pernah berpesan, supaya kami berkahwin. Masa tu arwah ayah kepada isteri saya tengah nazak dan itu merupakan permintaan arwah sebelum dia meninggal," kata Tajul.

Sementara itu, Tajul menerusi laman Instagram miliknya, sudah pun berkongsi wajah isterinya buat peminat. Bakal bergelar bapa muda tidak lama lagi, kami doakan semoga semua urusan penyanyi kelahiran Felda Sendayan, Seremban ini bersama isteri dipermudahkan.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Hot FM & Tajul Ariff


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: