08 October 2019
KEMALANGAN BASIKAL - SUAMI SAZZY FALAK ALAMI SELANGKA PATAH & RUSUK RETAK
"Dua hari kebelakangan ini adalah hari yang paling panjang. Suami saya mengalami kemalangan ketika berbasikal yang mengakibatkan Collarbone (tulang selangka) sebelah kirinya patah empat dan tiga tulang rusuknya retak.
"Dia juga mengalami kesukaran untuk bernafas tetapi Insya-Allah dengan pemantauan doktor dan jururawat keadaan suami boleh pulih seperti sedia kala," ujar pelakon Sazzy Falak yang risau tentang keadaan kesihatan suaminya, pelakon Nazril Idrus.
Suami kepada Sazzy telah terlibat dalam kemalangan semasa melakukan aktiviti berbasikal dan mengalami patah tulang selangka dan retak tulang rusuk. Sazzy, 39, menerusi kemas kini laman Instagramnya memberitahu suaminya terjatuh dan cedera teruk ketika berbasikal bersama rakan-rakannya, termasuk Yasmin Hani dan Shahrin Razali.
Menurut Sazzy lagi, suaminya kini sedang menunggu keputusan daripada unit ortopedik sama ada perlu menjalani pembedahan atau tidak. Nazril juga telah melakukan pemeriksaan menerusi imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) dan keputusan menunjukkan semua dalam keadaan baik.
Klik untuk gambar besar
"Paru-paru Nazril tidak terdapat sebarang kecederaan. Pasukan pembedahan juga memberitahu tulang rusuknya akan pulih dengan sendiri tetapi memerlukan masa. Suami akan berada di hospital dalam beberapa hari lagi untuk pemantauan lanjut," katanya lagi.
Sewaktu kejadian, Nazril ditemui dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri dengan kaki masih tersangkut pada basikal oleh Yasmin Hani dan suaminya Shahrin. Yasmin yang juga sahabat Sazzy terus memaklumkan perkara tersebut kepada Sazzy sebelum Nazril dibawa ke hospital.
Untuk makluman, pasangan Sazzy dan Nazril telah berkahwin pada 2006 dan dikurniakan anak kembar perempuan yang dinamakan Lily Imaan dan Tiara Rose.
www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo, Instagram Sazzy Falak & Nazril Idrus
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment