08 October 2019

MUATNAIK VIDEO KASUT BERDUA, BELLA & ALIFF MAIN BOWLING BERSAMA?


Penyanyi dan pelakon Bella Astillah sebelum ini telah meminta netizen agar tidak berfikiran kolot melihatnya masih berbaik dengan bekas suaminya, penyanyi dan pelakon Aliff Aziz. Kata Bella, itu adalah haknya dan sedikit pun tidak kisah dengan tanggapan orang lain. Malah, Bella juga tidak menolak sekiranya mereka masih ada lagi jodoh bersama.





Selepas bercerai, Aliff dilihat banyak menghabiskan masanya di Singapura dan Bella pula semakin aktif dalam industri seni. Namun baru-baru ini, menerusi Instagram mereka, kelihatan kedua-duanya memuatnaik video yang sama di InstaStory iaitu sedang bermain bowling. Walaupun tidak menunjukkan muka masing-masing, namun jelas sekali itu adalah mereka berdua kerana memuatnaik perkara yang sama di media sosial.

Namun begitu, kehadiran Bella ke Singapura berkemungkinan besar hanya untuk membawa anak tunggalnya bertemu Aliff Aziz disana. Hal ini dibuktikan menerusi muatnaik Aliff yang terbaru di laman Instagram yang memeluk dan mencium anak lelakinya, Mohamad Ayden Adrean sambil menyatakan rasa tidak sabar bertemu permata hatinya itu.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, Aliff dan Bella telah sah bercerai talak satu pada bulan Mei tahun ini berikutan sikap Aliff yang kerap kantoi berlaku curang terhadap isterinya. Konflik rumah tangga mereka telah mendapat liputan meluas berikutan gambar serta video mesra Aliff Aziz dengan beberapa wanita berlainan tersebar di media sosial.

Adakah ini bermakna cinta lama sudah kembali berputik dan bakal rujuk kembali? Apa-apa pun, semuanya terletak pada ketentuan takdir, kalau masih ada jodoh. Kalau ini yang buatkan Bella dan Aliff bahagia, teruskan sahaja dan jangan peduli dengan persepsi orang lain.




www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Instagram Bella Astillah & Aliff Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: