08 October 2019

"TAPI I NERVOUS DENGAN LAKI I" - IKA NABELLA GEMENTAR TUNGGU BERSALIN


Menerusi laman Instagram, pelakon Ika Nabella telah memuatnaik video dia dan suami berkongsi perasaan mereka menanti kelahiran anak sulung mereka tidak lama lagi. Dalam entri tersebut, Ika mengakui gementar menunggu masa untuk melahirkan cahaya mata pertamanya yang dijangka pada bila-bila masa. Namun Ika memberitahu apa yang membuatkannya lebih berdebar adalah apabila dia memikirkan mengenai suami, Muhammad Zaid Aznam yang bakal menemaninya di dewan bersalin.





Ika berkata, suaminya seorang yang sukar dijangka dan bimbang Zaid tidak dapat menenangkannya ketika di dalam dewan bersalin nanti: "Labor is just around the corner orang Melayu kata tunggu hari. Nervous of course! Tapi I nervous dengan laki I. My birth companion. Macam manalah dia akan comfort kan I nanti. Adakah dia akan usap-usap 5 saat, take a nap atau layan Angga Candra kat YouTube?

"Dia ni lain macam sikit. Hampa tanya kat dia umbilical cord tu apa pun belum tentu dia tau. Silap hari bulan dia tanya bahasa Tamil ke tu yang...? Satgi Doctor suruh dia potong dia tanya Doctor “kenapa saya?" Haruuuuuu!," tulis Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim, 30, secara berseloroh.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata terhibur dengan kapsyen yang ditulis. Malah mereka turut mendoakan agar Ika selamat serta dipermudahkan proses untuk bersalin. Untuk makluman, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 Julai 2016 dalam majlis pernikahan yang diadakan di Pulau Pinang.

Klik untuk gambar besar















www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram, Ika Nabella & @zaidbowie


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: