08 October 2019

UQASHA: "TOLONGLAH, SAYA TAK CAMPURLAH HAL DATIN-DATIN"


"Saya pun terkejut macam mana boleh timbul isu saya cuba goda suami Rebecca? Tolonglah, saya tak campur lah hal datin-datin. Saya sedar kalau terlalu rapat dengan sesama artis pun, kita tak tahu sejauh mana keikhlasan dan kejujuran mereka dalam bersahabat. Saya tengok ramai saja yang suka cakap-cakap belakang.





"Sebab itulah saya takut nak berkawan rapat," demikian tutur pelakon Uqasha Senrose yang mengakui terkejut dengan dakwaan liar itu dan menganggap tuduhan itu sangat mengarut, malah dia tidak masuk campur hal dua pelakon berstatus VIP itu

Tambah Uqasha, meskipun dia sudah mengambil langkah berhati-hati setiap kali berkawan dengan rakan artis, namun kontroversi tetap terpalit dirinya. Katanya lagi, bukan tidak mahu langsung berkawan dengan rakan artis tetapi dia perlu meletakkan had agar tiada perkara buruk terjadi. Menurut Uqasha lagi, dia lebih selesa dengan keluarga dan adik-beradiknya sahaja.

Klik untuk gambar besar


"Nak percaya pada siapa? Lepas tu bergaduh, kemudian kongsikan dalam media sosial. Perlukah kita stres dengan masalah orang lain? Itu sebab saya cuma rapat dengan keluarga dan adik-beradik saya sahaja. Sekurang-kurangnya mereka ini ah yang tahu dan terima baik buruk kita," ujarnya.

Pasti ramai tahu pelakon Datin Paduka Eina Azman dan pelakon Datin Rebecca Nur Islam sebelum ini bersahabat baik. Kemudian, timbul dakwaan mengatakan mereka berdua bergaduh beberapa tahun lalu. Namun, baru-baru ini kecoh apabila Uqasha dituduh cuba menggoda suami Rebecca.


www.myartis.com / Sumber & foto: Utusan & Instagram Uqasha Senrose


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: