03 October 2019

BLACK NASIHAT HANEESYA JANGAN CEPAT MELATAH ISU WARNA KULIT


"Pada pendapat saya, Haneesya baru menapak dalam industri, mungkin dia sekeluarga masih belum biasa dengan situasi semasa seperti di media sosial. Dia masih terkejut dimana orang mengenali namanya, stalk dia, follow dia.





"Jadi saya nak nasihatkan Haneesya supaya jangan cepat melatah, malah jadikan kekurangan itu sebagai senjata. Saya tak pernah nak report polis sebab orang cakap saya ni black, kerana saya sedar saya seorang lelaki berkulit gelap. Tetapi disebabkan kulit gelap ini saya mendapat tempat dalam industri.

"Pada saya Haneesya mempunyai identiti yang tersendiri, kalau orang sebut je nama dia mereka sudah boleh terbayang wajah dan tona kulitnya," ujar penyanyi Black Hanifah yang turut mempunyai tona kulit yang agak sama menasihati model dan pelakon Hanee agar tidak cepat melatah apabila warna kulitnya yang gelap dijadikan bahan jenaka.

Klik untuk gambar besar


Kata Black, sepatutnya keunikan itu dijadikan sebagai senjata untuk mengembangkan bakatnya, membina nama dalam industri seni. Sejujurnya, Black sendiri mengakui dia tidak pernah terasa hati sekiranya ada orang yang mengejak warna kulitnya. Menganggap ia sebagai satu kelebihan dirinya yang tidak ada pada artis lain.

Isu tentang warna kulit melibatkan Haneesya memang kecoh juga sejak kebelakangan ini sehingga ibunya juga terpaksa membuat laporan polis kerana komen keterlaluan netizen yang menyamakan gadis berusia 19 tahun itu dengan Hajarul Aswad.

Apa pun, kata-kata Black itu ada benarnya. Buat apa kita hendak layan provokasi orang lain kalau yakin dengan diri sendiri. Biarlah orang nak kata apa pun, asalkan buktikan diri berbakat dan mampu bertahan lama dalam industri.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Black Hanifah & Haneesya Hanee


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: