03 October 2019

ANAK ELFIRA LOY TIADA AKAUN IG, MEMANDANGKAN MASIH KECIL


Menerusi laman Instagram (IG) baru-baru ini, suami Elfira Loy, Muhamad Faris Khairol Anuar merasakan anak sulung mereka belum cukup dewasa untuk membuka akaun Instagram sendiri. Menurut Faris, buat masa ini segala perkembangan mengenai anaknya akan dikemas kini menerusi IGnya.





"Daddy says Im not old enough to have my own instagram account. So I shall use his account! I am Muhamad Rayyan Khalaf. King of the Realm. Rightful Heir to the Iron Throne. Leaders of Tomorrow. 1 day old. Son of Faris and Elfira. And many more! Let this beautiful life of mine begin," tulis suami Elfira yang berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.

Menerusi enri tersebut, dia memuatnaik foto terbaharu anaknya. Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji wajah bayinya yang comel. Tidak kurang juga masih mengucapkan tahniah kepada pasangan tersebut di atas kelahiran cahaya mata. Untuk makluman, Faris dan Elfira mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan cahaya mata sulung pada 1 Oktober lalu.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Faris Khairol Anuar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: