03 October 2019

BILA CHE TA BIMBANG SUAMI 'DIKEBAS': "TAK MAU UPLOAD DAH LA GAMBAQ"


"Makin elok (segak) plk laki (suami) kami ni, eh .. tk mau upload dh la gambaq (gambar).. takut ada yg bekenan org pompuan zaman la (sekarang) depa suka bekenan org punya.. atau dlm erti kata lain, beqebut hat (berebut hak) org," tulis pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta yang berpendapat wanita zaman sekarang lebih mudah terpikat kepada suami orang.





Justeru, Che Ta memberitahu bimbang untuk memuatnaik foto suaminya di laman sosial kerana bimbang diganggu wanita lain. Bagaimanapun, Che Ta yang berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya menyampaikan pendapat terbabit dengan cara berseloroh.

Perkongsian itu dibuat menerusi sekeping foto dia dan Zain ketika meraikan hari jadi pereka fesyen Man Kajang. Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memberikan pelbagai reaksi mengenainya. Bagaimanapun, ada sesetengah peminat bersetuju dengan pendapat Che Ta dan berkongsi pengalaman yang sama.

Untuk makluman, Che Ta mendirikan rumah tangga kali kedua bersama Zain pada 11 Disember 2013 dan mereka dikurniakan seorang anak Aaisyah Dhia Rana, 5 tahun. Terdahulu, Che Ta pernah berkahwin dengan seorang juruterbang dan dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Ammar Affendy, 23, dan Aniq Ezra, 21.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Rozita Che Wan


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: