03 October 2019

SHARNAAZ: I SEE JEBAT IN YOU SAYANG.. BA RINDU SANGAT....."


Pelakon Sharnaaz Ahmad yang kini sedang menjalani penggambaran sebuah drama bersama seorang anak kecil bernama Arryyan Petra itu menerusi laman Instagram miliknya, mengakui terbayangkan anaknya, Jebat Jayden Ahmad dan meluahkan rasa rindu ketika bersama pelakon cilik itu.





"I see jebat in you sayang.. ba (Sharnaaz) rindu sgt kat anak ba @jebatjayden .. thank you @arryyanpetra sebab syg papa.. @dramasangat #LelakimuYangDulu @tv3malaysia," tulis Sharnaaz yang meluahkan perasaannya di akaun Instagram miliknya.

Menerusi perkongsian tersebut, Sharnaaz turut memuatnaik foto ketika sedang memeluk anak kecil itu. Entri tersebut mendapat perhatian wargamaya yang rata-rata turut bersimpati dengan Sharnaaz yang didakwa telah lama tidak berjumpa anaknya.

Klik untuk gambar besar


Malah mereka turut memberi kata-kata semangat agar Sharnaaz terus kuat hadapi dugaan itu: "Ya Allah, sebaknya...." - "Moga terus kuat." - "Sabar, ada hikmah di sebalik yang terjadi...Semoga dipermudahkan segala urusan," antara komen-komen pengikutnya

Pada 31 Ogos lalu, isteri Sharnaaz, Noor Nabila Mohd Noor mengesahkan sudah memfailkan perceraian terhadap pelakon itu. Kemudian pada 11 September lalu, Mahkamah Rendah Syariah memerintahkan pasangan itu perlu menjalani proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

Kemelut perkahwinan antara Sharnaaz dan Nabila memasuki episod baharu apabila pelakon itu memfailkan permohonan nusyuz pada 30 September baru-baru ini. Pasangan itu berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Jebat Jayden yang kini berusia setahun.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak & Instagram Sharnaaaz Ahmad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: