03 October 2019

"MACAM KITA TAK BUAT KERJA..." - AKIM BIDAS ISU PAKAIAN STACY


Penyanyi Akim Ahmad tampil membidas kecaman susulan pakaian isterinya, penyanyi Stacy Anam yang didakwa netizen terlalu seksi hingga ada yang menggelarkan isterinya itu wanita akhir zaman. Sebagai suami, Akim terguris apabila dikatakan tidak pandai mendidik isteri hingga membenarkan penyanyi wanita itu berpakaian mencolok mata pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH32) baru-baru ini.





"Saya syukur sebab Stacy yang saya kenal dulu jauh berbeza daripada dia yang sekarang dan pakaiannya pun berbeza. Itu adalah progres positif daripadanya sendiri. Sebagai suami saya bangga dengan perubahan itu. Bagi yang baru kenal Stacy selepas masuk Islam, mereka boleh bercakap apa mahunya.

"Pada saya tiada apa-apa isu pun. Mula-mulanya saya agak sakit hati apabila tuduh saya tak didik isteri. Macam kita tak buat kerja kita pula. Saya seorang muslim dan tahu apa yang perlu buat. Terima kasih kepada mereka yang berkata-kata sedemikian dan harap mereka terus doakan yang baik-baik," jelas Akim.

Klik untuk gambar besar


Namun, Akim terkilan apabila kebanyakan netizen tidak mengamalkan adab menegur sepatutnya seperti yang dilandaskan dalam Islam: "Nak tegur bukan di hadapan khalayak ramai, apa salahnya kalau terus mesej saya nasihat yang baik-baik. Hakikatnya saya tak terima pun sebarang mesej daripada netizen yang lantang bersuara ini. Itu saya terkilan! Tahu agama tapi tak tahu adab!".

Dalam pada itu, Akim tidak menyangka pakaian terbabit akan tular dan diperkatakan netizen usai Stacy membuat persembahan: "Semua benda tutup sampai ke buku lali. Kain pun tebal, jadi tak patut ada apa-apa isu pun. Mungkin tarian Stacy yang agresif, tetapi saya sendiri tak tahu apa yang mereka (netizen) fikirkan sebenarnya".


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Akim Ahmad & Stacy Anam


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: