03 October 2019
TUNAI UMRAH BERSAMA SUAMI - JULIANA EVANS RASA SEDIH TINGGAL ANAK
"Alhamdulillah kami akan menjadi tetamu Allah tahun ini untuk mengerjakan umrah. Mohon ampun semua jika ada salah silap," kata pengacara dan pelakon Che Puan Juliana Evans yang telah selamat berangkat ke tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah bersama suaminya, Tengku Sharifuddin Shah semalam.
Menerusi entri di laman Instagram Stories miliknya, Juliana memohon maaf kepada semua pihak jika ada salah silap yang dilakukannya. Dalam pada itu, Juliana meluahkan rasa sedih kerana terpaksa meninggalkan anak perempuannya, Tengku Kamiliah Shariffuddin.
"Jangan terlampau rindu mama dan papa okey. Saya sayang awak sangat," tulis Juliana yang mendirikan rumah tangga bersama Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj pada April 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata pada 13 Julai lalu.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Juliana Evans
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment