03 October 2019

AKUI PRODUKNYA BUKAN RACUN & TIMBANG KILO - ZARINA DAKWA DIANIAYA


Semua mengetahui mengenai pelakon Zarina Zainuddin yang didenda RM17,500 oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya atas enam pertuduhan memiliki dan menjual alat kosmetik tidak bernotifikasi iaitu tidak mendapat lulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).




Susulan itu, pelbagai kecaman yang diterima olehnya dimana rata-rata netizen mengatakan Zarina sanggup menjual produk kosmetik berpotensi mengandungi racun demi mengaut keuntungan semata-mata tanpa memikirkan risiko bahaya kepada para pengguna. Bagaimanapun, Zarina mendakwa dirinya dianiaya ketika rumahnya diserbu Kementerian Kesihatan. Menerusi akaun Instagramnya, dia bercerita segala butiran ketika hari kejadian.

Zarina didakwa mengikut Seksyen 18A(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang menjadi kesalahan mengikut Peraturan 18A (15). Pelakon wanita itu yang tidak diwakili peguam membuat rayuan agar mahkamah menjatuhkan hukuman ringan terhadapnya. Difahamkan Zarina pernah didakwa di mahkamah atas kesalahan yang sama pada tahun 2008.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: