03 October 2019

SHAZROUL DIJEMPUT ILAHI: "CARI SEMULA VIDEO LAMA, GUGUR JANTUNG" - AZNIL


"Setelah Pak Nil baca berita bekas peserta AF4 Shazroul Fazlie meninggal dunia, Pak Nil tertanya-tanya arwah Shazroul ni yang mana satu. Setelah cari semula video lama, gugur jantung Pak Nil, rupanya Shazroul ini adalah Shaz calon pelajar AF4 di Konsert Prelude.





"Semoga arwah ditempatkan bersama insan-insan yang soleh di sisi-Nya. Al-Fatihah," demikian tulis pengacara popular, Datuk Aznil Hj Nawawi yang mengakui terkejut selepas mengetahui bintang Akademi Fantasia musim keempat (AF4), Shazroul Fazlie meninggal dunia semalam.

Menurut Aznil, pada awalnya dia tertanya-tanya mana satu individu yang bernama Shazroul. Menerusi Instagram (IG) miliknya, Aznil turut berkongsi sebuah video kenangan semasa mengacarakan AF. Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil mendoakan semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.

Shazroul menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 6.20 petang semalam selepas hampir dua minggu bertarung nyawa. Shazroul, 34, meninggal dunia akibat jangkitan kuman pada usus. Jenazah akan dimandikan di Masjid Bukit Antarabangsa dan disemadikan di Tanah Perkuburan Ukay Perdana hari ini.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Datuk Aznil Hj Nawawi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: