02 October 2019

"BABY NISHKA BEREHAT LA DI SYURGA" - MAWAR KARIM


"Al- Fatihah...Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un... Baby Nishka berehat la di Syurga menanti awak di sana. Setelah berjuang bertarung nyawa. Allah lebih sayang kan baby Nishka. Ibu bapa baby Nishka akan tunggu di syurga ya anak... Kami sayang baby Nishka. Mari kita sedekah Al Fatihah n doa kan baby Nishka @kheriykhairiah_nishkaofficial -





"(Menerima panggilan dari ibu baby Nishka mengatakan baby Nishka dah pergi tinggal dunia) - (Sejujurnya memang tidak mampu utk sy melihat anak syurga ni tabah bertarung nyawa)," tulis usahawan Mawar Karim sebentar tadi yang berkongsi perkhabaran duka dengan memaklumkan adik Kyfa Nishka Al-Kaustsar Mohd Farham atau sinonim dipanggil Baby Nishka telah meninggal dunia.

Menerusi laman Instagram Mawar, berita tersebut disahkan sendiri ibunya, Khairiah Kamarudin. Sebelum ini, bayi berusia empat bulan ini disahkan tenat selepas kanser di kepalanya semakin membesar dari 41 sentimeter kepada 44 sentimeter. Malah, usahawan tudung yang juga ibu tunggal berabak satu itu sebelum ini pernah ke Kelantan bagi melihat keadaan terkini bayi berkenaan.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Mawar Karim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: