02 October 2019

AMIR JAHARI SEBAK LEPAS SEBUT ANAK KETIGA, 'ASMA AISYAH'


Pada Selasa lalu, penyanyi Amir Jahari telah selamat menimang cahaya mata ketiga dan menerusi entri terbaru di laman Instagram (IG), bayi perempuan itu diberi nama 'Asma Aisyah'. Pelantun lagu 'Tanpamu' itu mendedahkan nama yang diberi kepada anak ketiganya tidak dirancang sama sekali.





"Selamat datang ke dunia, puteri kedua anak ketiga, Asma Aisyah binti Mohamad Amirullah. Magiknya nama semalam, tak pernah plan pun nama dia lepas saya azan, iqamat terus terdetik nak letak nama isteri Rasulullah, Aisyah dan Asma daripada nama @ustazahasmaharun.official. Tak ada fikir tak ada apa terus je bagi nama Asma Aisyah lepas sebut nama tu terus rasa sebak dan nak nangis tanpa sebab. Thank you Allah selamat segalanya proses bersalin semua," tulisnya.

Pemilik nama sebenar Mohamad Amirullah Jahari itu turut melahirkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang isteri yang memahami: "Terima kasih sangat Kartini Sulaiman, saya sangat berbangga dengan awak dan berterima kasih kerana bersabar dengan abang.

Klik untuk gambar besar


"Susah senang dan semua kesakitan abang bagi tapi sayang masih sabar, terima kasih sangat. This new life, will start my new life too. I choose to be happy, thank you Allah for everything!" tulisnya lagi yang juga telah berkongsi wajah puterinya.

Menerusi ruangan komen rata-rata mengucapkan tahniah pada Amir dan keluarga serta mendoakan kesihatan anak perempuannya itu. Amir berkahwin dengan Kartini pada Oktober 2013 dan sudah mempunyai dua orang cahaya mata sebelum ini.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Amir Jahari


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: