02 October 2019

'MUHAMAD RAYYAN KHALAF', NAMA BABY BOY ELFIRA & FARIS


"Semalam tidur bagai dibuai mimpi , every minutes in the labour room , every pain , ever moments i went through dia recap balik. Ya Allah macam tak percaya. Terima kasih Ya Allah, terima kasih keluarga, terima kasih sahabat, terima kasih semua yang mendoakan kami. ITS A BABY BOY.. Muhamad Rayyan Khalaf bin Muhamad Faris.





"Born yesterday, the 1st of October 2019 at 5.40pm weighing 3.68kg. Secara normal. Alhamdulillah syukur we are so greateful for our healthy little boy . Our world feels complete and our hearts are full with unconditional love. Love you my babyboi," demikianlah tulis pelakon Elfira Loy, 25, menerusi muatnaik terbaru di laman Instagram miliknya.

Selepas mengesahkan selamat melahirkan cahaya mata sulungnya semalam, Elfira sebentar tadi mendedahkan nama anak hasil perkahwinannya dengan Faris Khairol Anuar kepada peminat. Dalam status tersebut, Elfira mengumumkan bayi lelaki yang dilahirkan pada pukul 5.40 petang semalam sebagai 'Muhamad Rayyan Khalaf'.

Dalam perkongsian itu juga, Elfira yang memuatnaik gambar wajah bayi lelakinya turut mengimbau pengalaman kali pertama melalui proses kelahiran dan bergelar ibu. Mengenai detik indah bergelar ibu, Elfira mengaku insaf mengenangkan mulianya jasa ibu: "Fasa baharu yang saya tunggu sejak memikul tanggungjawab sebagai isteri. Amanah ini akan saya pikul sebaik mungkin," katanya yang melangsungkan perkahwinan dengan Faris pada 1 Januari lalu.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Kosmo, Berita Harian & Instagram Elfira Loy


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: