05 October 2019

CAHAYA MATA - MONA ALLEN TAK RANCANG, TAK SABAR MENANTI


Masih menanti kehadiran cahaya mata selepas 10 bulan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Pekin Ibrahim, pelakon Mona Allen memberitahu dia masih bersabar untuk menanti saat tersebut dan hanya berserah kepada rezeki.





"Terus-terang kami memang mahukan cahaya mata bagi menyerikan rumah tangga kami tapi mungkin belum ada rezeki. Saya tidak merancang dan berserah kepada Tuhan bila masanya itu nanti. Ramai juga yang bertanya, namun saya jawab sahaja dengan baik kami belum ada rezeki".

Mengulas mengenai karier seninya selepas berkahwin, Mona akui lebih utamakan keluarga: "Selepas berkahwin saya banyak kurangkan aktiviti lakonan saya demi meluangkan banyak masa dengan suami. Malah jika saya ditakdirkan hamil nanti, sudah tentu saya akan beri tumpuan pada kandungan dan anak kelak. Keluarga adalah keutamaan saya," kata Mona yang mendirikan rumah tangga dengan Pekin pada 1 Disember lalu dalam sebuah majlis tertutup tanpa pengetahuan media.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Mona Allen & Pekin Ibrahim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: