Jika sebelum ini, isteri kedua tampil membuka mulut berhubung kenyataan pelakon baru Ellika Azman, kini isteri pertama pelakon Amar Asyraf, Arna Salleh pula tampil membuka mulut mengenai situasi yang dihadapi oleh suaminya.

Terdahulu, Amar didakwa menjalin hubungan dengan Ellika selepas pelakon baru itu sendiri yang tampil mendakwa dia menjalin hubungan dengan Amar semenjak tahun lalu. Lebih mengejutkan Ellika turut mendakwa Amar mempunyai isteri kedua dan seorang anak.
Tampil menjelaskan situasi, Arna memuatnaik kenyataan panjang lebar di media sosial Instagram miliknya hari ini. Bagaimanapun subjek yang dikatakan oleh Arna tidak diperincikan dengan betul sama ada ditujukan kepada isteri kedua atau Ellika.
Klik untuk gambar besar




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Arna Salleh
________________________

No comments:
Post a Comment