11 October 2019

"SELESAI BELA NASIB ANAKNYA" - ELLIKA AZMAN TAK TERAGAK DEDAH JIKA BERCANGGAH


Menerusi posting terbaru di akaun Instagramnya sebentar tadi, pelakon baru Ellika Azman, 24, akui tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan bukti sekiranya terdapat percanggahan kenyataan mengenai hubungannya dengan pelakon berstatus suami orang, Amar Asyraf.





Menurut Ellika, pendedahan yang dilakukan itu tidak mempunyai niat tersembunyi sebaliknya bertujuan untuk membela nasib anak pelakon itu: "Assalamualaikum, saya dah selesai jalankan tanggungjawab saya untuk membela nasib seseorang dan anaknya. Demi Allah, I'm doing this for the sake of baby.

"Minta maaf jika pendedahan yang telah saya buat sudah menyakiti sesetengah pihak. Termasuk kedua-dua isterinya. Jika ada lagi kenyataan balas dari pihak sana yang bercanggah dari cerita sebenar mengenai hubungan kami, saya tidak teragak-agak untuk tunjuk segala bukti lain bermula dari September 201-18 – Oktober 2019 termasuklah segala audio perbualan kami berdua. Terima kasih," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, Ellika tampil membuat pendedahan dan mendakwa dirinya menjalinkan hubungan dengan Amar di laman Instagram. Menerusi entri terbabit, Ellika memuat naik foto dan videonya bersama Amar dan turut mendakwa dia bercinta dengan Amar semenjak tahun lalu.

Sebelum ini, Amar dan Ellika pernah bekerjasama dalam teater Puteri Saadong yang berlangsung di Auditorium Tunku Abdul Rahman, Pusat Pelancongan Malaysia (MaTiC) pada Ogos tahun lalu. Sebelum ini, Amar telah mendirikan rumah tangga dengan Arna Salleh pada 7 Jun 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Taufik dan Ammara Dian.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ellika Azman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: