11 October 2019

AMAR ASYRAF MINTA JANGAN CAMPUR HAL KELUARGANYA, BERI RUANG


"Kedua-dua isteri saya tahu dan faham kedudukan kami. Kami semua baik-baik saja. Jadi, saya mengharapkan jangan ada pihak luar cuba mencampuri urusan kami serta cuba memecah-belahkan hubungan baik yang sedia terjalin sehingga berlaku perceraian," kata pelakon dan pengarah teater, Amar Ashraf yang meminta orang luar tidak mencampuri urusan rumah tangganya dan memberikannya ruang untuk memperbetulkan kesilapan yang dilakukan sebelum ini.





Amar ketika dihubungi turut mengakui Vivy Jeffry adalah isteri keduanya dan isteri pertamanya, Arna Salleh sedia maklum mengenai perkara itu. Amar juga sedar, isu ini timbul berpunca daripada kenyataan dimuatnaik pelakon dan penggiat teater, Ellika Azman yang cuba memburukkan dirinya dan mahu melihat rumah tangganya bermasalah.

Amar juga menegaskan supaya umum tidak terpengaruh dengan niat jahat yang cuba dilakukan wanita itu sekali gus mahu melihat rumah tangganya berpecah-belah: "Dia cuba mengaibkan saya kerana mahu membalas dendam hanya kerana saya menolak dan tidak mahu bernikah dengannya. Kalau hendak diikutkan saya tidak membuat apa-apa kesalahan kerana saya buat cara betul (bernikah)," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Dalam kenyataan yang dimuatnaik isterinya Arna di Instagram hari ini, Amar meminta semua pihak memberikan dirinya ruang untuk memperbetulkan apa saja perkara demi kebaikan isteri dan anak-anak: "Saya berharap ini adalah kali terakhir saya memberikan kenyataan mengenai perkara yang cuba ditimbulkan wanita (Ellika) itu.

"Saya bimbang lebih banyak hal rumah tangga saya diketengahkan kepada pihak media akan memberikan implikasi buruk kepada keluarga saya. Tumpuan saya sekarang adalah kepada isteri dan juga anak-anak," tuturnya.

Semalam Ellika melakukan hantaran di Instagram memaklumkan dia membatalkan perancangan untuk bernikah dengan Amar kerana pelakon itu tidak bersikap jujur dan merahsiakan perkahwinannya dengan Vivy. Mereka sepatutnya bernikah minggu depan.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Amar Asyraf


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: