12 October 2019

KAKA AZRAFF SELAMAT LAHIRKAN BABY BOY SECARA BEDAH


"Ahamdulillah with god's will - I have safely arrived in this world on a rainy Friday, 11th October 2019 at approximately 14:14pm. Terima Kasih kepada semua yang mendoakan keselamatan Kaka dan baby sepanjang pregnancy ini. InsyaAllah, we will share more of our beautiful moments of my little prince & I.





"But for now, I would like to take this time to cherish and soak all these precious moments of my little family. With so much love, thank you all. #DiamondsKaka," demikianlah tulis penyanyi Kaka Azraff telah selamat melahirkan cahaya mata pertama, lelaki semalam.

Berita gembira berkenaan disampaikan oleh Kaka dan suaminya, Adam Azriff menerusi di laman Instagram masing-masing. Menerusi perkongsian tersebut, Kaka turut memuatnaik gambar bayi lelaki mereka berserta dengan rasa syukur kerana dapat melahirkan bayi mereka dalam keadaan yang sihat dan baik secara pembedahan.

Di ruangan komen ramai membanjiri laman sosial penyanyi itu, dengan ucapan tahniah diatas kelahiran cahaya mata sulung pasangan itu. Bagaimanapun buat masa ini Kaka masih belum mendedahkan nama bayi comel mereka. Apapun, tahniah kami diucapkan buat pasangan ini, pastinya hidup bertiga selepas ini dapat menceriakan lagi suasana. Semoga segala urusan berpantang Kaka juga berjalan dengan lancar.

Klik untuk gambar besar









www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Kaka Azraff & Adam Azriff


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: