16 October 2019

DEWI REMAJA 2019 'DIKURUNG' 54 HARI, ELAK KONTROVERSI BERULANG


Sebelum ini, hangat diperkatakan dan turut menjejaskan imej pertandingan Dewi Remaja sehingga teruk dikecam oleh netizen selepas kontroversi berhubung penyebaran video pesta arak yang membabitkan sebilangan peserta Dewi Remaja 2018/2019.





Tidak mahu perkara yang sama berulang lagi, Editor Pengurusan Remaja, Fiezreen Ahmad memaklumkan peraturan bagi Dewi Remaja kali ini diperketatkan lagi, dimana 12 peserta Dewi Remaja 2018 akan 'dikurung' di sebuah rumah khas dan setiap muat naik dan perkembangan media sosial mereka dipantau.

"Dewi remaja kali ini menyaksikan kesemua peserta akan dikuarantin sepanjang 54 hari berterusan di sebuah rumah khas. Mereka juga akan dipantau dalam menguruskan media sosial bagi mengelakkan peristiwa lama berulang," katanya.

Klik untuk gambar besar


Senarai 12 peserta Dewi Remaja 2019 sudah diumumkan iaitu, Andrianna Fernandez, Shaza Nuriman, Nynaa Harizal, Sharlina Gilbert, Nina Amin, Syamira Izzati, Adriana Ghaafar dan Aishah Aznan. Turut bertanding, Shatirah Amanda, Saidah Syahirah, Myra Natasya dan Syaza Azra.

Bekas juara Dewi Remaja 2005/2006 dan pelakon, Scha Al Yahya dilantik sebagai juri tetap bersama pengarah dan penyanyi Yusry Abdul Halim. Model dan selebriti popular Amelia Henderson pula dipilih sebagai hos program.

Terdahulu, Dewi Remaja 2018/2019 mencetuskan kontroversi apabila gelaran juara Haneesya Hanee ditarik balik susulan kontroversi berhibur di kelab malam dan meminum arak. Tiada sesiapa ditabalkan sebagai Dewi Remaja bagi edisi 2018/2019. Tempat kedua milik Tia Sarah dan Sherin Amiri di tempat ketiga.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Majalah Remaja


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: