16 October 2019

PELUK CIUM ADIK IPAR - NETIZEN KRITIK AKSI SELAMBA UQASHA


Semua mengetahui mengenai pelakon Nelydia Senrose yang sudah mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hafez Halimi pada April lalu. Tidak dinafikan hubungan Hafeez dan keluarga isterinya begitu akrab dan mesra sekali.





Bagaimanapun, kecoh di media sosial apabila viral video kakak kepada Nelydia yang juga pelakon, Uqasha Senrose dengan selamba berpelukan mesra dan mencium pipi adik iparnya itu. Rata-rata netizen mengkritik kelakuan Uqasha itu yang dianggap tidak menjaga batas pergaulan dengan ipar-duai, bukan mahram.

Malah, riak wajah Nelydia juga seakan-akan tidak selesa dengan tindakan kakaknya itu. Mungkin sudah terbiasa sebegitu dan tiada niat lain disebaliknya. Tak apa lah, harapnya selepas ini Uqasha boleh memperbaiki diri dan tindak-tanduknya agar tidak menimbulkan fitnah.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: CARI Forum & Instagram Uqasha Senrose


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: