31 October 2019

"DIE NAK BERSAMA KELUARGA DULU" - ANAK SHAH THR GEGAR DIJEMPUT ILAHI


"Innalillahiwainnailaihirojiun... 27.10.2019 to 31.10.2019 jam 2am.. Kembalinya anak syurga... die nak bersama keluarga dulu... Al-Fatihah," demikian tulis penyampai radio THR Gegar, Shah apabila anaknya yang kembali bernafas petang semalam selepas disahkan meninggal dunia akhirnya kembali kepada pencipta-NYA.





Shah berkongsi mengenai berita duka tersebut menerusi kemas kini di laman sosial Instagram (IG)nya kira-kira jam 2 pagi. Untuk makluman, Aliff Khalifah yang dilahirkan tiga hari lalu (27 Oktober 2019 - Ahad) di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, disahkan mengalami komplikasi pada jantung sebelah kiri. Aliff yang dilahirkan normal semakin lemah pada hari kedua dilahirkan dan mengalami sesak nafas menjelang tengahari.

Keadaan tersebut menyebabkan doktor membuat keputusan untuk memasang mesin bantuan pernafasan untuk Aliff yang semakin lemah. Namun pada jam 5 petang semalam (Rabu), keajaiban berlaku apabila Aliff yang telah disahkan meninggal dunia selepas mesin bantuan pernafasan dicabut, kembali hidup.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Shah THR Gegar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: