06 October 2019

DITUDUH PERAMPAS - ZARINA ANJOULIE BERANG, 'SEKOLAHKAN' NETIZEN


"Guna logik akal, kalau dia ada bini takkan aku nak kantoikan diri kongsi gambar berdua. Tipikal orang Malysia kalau kahwin dengan orang Melayu tu, bini kau confirm dah sepuluh tahun spendar, coli dah koyak-koyak pun kau tak belikan baru," demikian ujar pelakon Zarina Anjoulie.





Selepas kontroversinya tidak lagi bertudung dan menayang buah dada, nama Zarina menjadi perhatian ramai apabila dia menayang kekasih barunya di Instagram. Namun ramai yang kurang senang melihat kekasihnya itu yang penuh tatu di badan, siap ada nama Zarina turikir di dadanya. Malah, ada yang mendakwa lelaki itu measih berstatus suami orang dan menggelar Zarina perampas.

Berang dengan tuduhan tersebut, Zarina memuat naik satu video menafikan dakwaan liar netizen. Zarina turut 'sekolahkan' lelaki Melayu supaya tak perlu sibuk tentang hal dirinya. Katanya lagi, lebih baik jaga keluarga dan belikan pakaian dalam baru untuk isteri.

Zarina turut memberi pesanan kepada mereka di luar sana supaya tidak perlu bimbang akan dirinya kerana kekasih barunya itu menjaganya dengan baik. Nampaknya Zarina kini sedang hangat dilamun cinta. Apa pun semoga Zarina dan kekasih cepat-cepat naik pelamin.


www.myartis.com / Sumber: Forum CARI


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: