06 October 2019

TIKET MURAH DIPERSOAL - HAQIEM TAK KISAH, KEPUASAN DIRI & PEMINAT


"Saya sedar, ada pihak mempersoalkan mengenai harga tiket, yang dikatakan terlalu murah. Memang kami menjual tiket biasa pada harga RM20, selain RM100 untuk pakej ramah mesra bersama saya. Saya tidak kisah apa orang hendak perkatakan.





"Saya mengadakan persembahan ini untuk kepuasan diri dan peminat. Saya juga bimbang, kalau harga tiket mahal, ada ke peminat yang mahu datang menontonnya? Jika harganya beratus ringgit, mungkin ada yang tidak mampu membelinya.

"Alhamdulillah, persembahan mendapat sambutan baik dan impian saya juga tercapai menerusi konsert mini ini," kata penyanyi Haqiem Rusli yang menegaskan bukan pulangan menjadi keutamaan apabila menjual tiket konsert mininya yang berlangsung di sini, pada harga serendah RM20.

Menurut pemenang kategori Artis Sensasi Popular dan Lagu Paling Boom, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 itu, dia mengadakan konsert terbabit untuk kepuasan diri dan peminat. Kata bintang naungan FMC Music ini, persembahannya itu lebih bersifat situasi menang-menang.

Klik untuk gambar besar


"Kepuasan lebih penting daripada wang ringgit. Selama ini, peminat sendiri tidak berkira dengan saya. Mereka tidak lokek untuk mengeluarkan duit dan tetap datang memberikan sokongan walau di mana saya menjayakan persembahan.

"Jadi, kenapa saya nak berkira dengan meletak harga tinggi? Apabila peminat puas dan terhibur, ia sudah dikira nikmat besar untuk saya. Soal duit, saya tolak ke tepi. Selepas lebih tiga tahun aktif dalam dunia seni, apa yang saya kecapi hingga kini berkat sokongan peminat. Saya pernah jatuh, tahun lalu, namun mereka tetap utuh di belakang,” ujarnya.

Semalam, di hadapan lebih 1,000 penyokong kuatnya, Haqiem mendendangkan lebih 10 lagu untuk hiburan merekaa: "Konsert mini ini bermula dengan sembang kosong antara saya dan teman baik. Tak sangka ia menjadi kenyataan. Saya berbangga apabila usaha anak muda seperti kami membuahkan hasil," katanya yang turut mengundang teman baik dikenali sebagai YTJT membuat persembahan.

Persembahannya juga mendapat sokongan beberapa rakan artis seperti Hael Husaini, Aman Aziz, Dottie, Misham Othman, Fieza Hanis dan Kucaimars. Malah, Hael tidak ketinggalan menyanyikan lagu Jampi secara spontan, selepas Haqiem memujuknya berbuat demikian.


www.myartis.com / Sumber: Beri Harian & Instagram Haqiem Rusli


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: