06 October 2019

KAKAK EMMA MAEMBONG, SHIKIN IKUT JEJAK BUKA TUDUNG?


Umum sudah mengetahui mengenai pelakon Emma Maembong yang memutuskan untuk tidak lagi berhijab pada Febuari lalu. Namun kini nampaknya kakaknya, Shikin Maembong pula mula mengikut jejak langkah Emma apabila tampil tidak berhijab dan berambut 'blonde'.





Menerusi pemerhatian kami, entri Instagram wanita berusia 36 tahun berkenaan mula dibanjiri dengan gambarnya yang tidak berhijab lagi sejak dua bulan lalu. Malah ruangan komen juga ditutup seakan tahu akan ditanya netizen mengenai keputusannya itu.

Walaupun tiada pengumuman rasmi seperti adiknya sebelum ini, namun Shikin nampaknya cukup selesa dan nekas tanpa hijab. Melihatkan sesetengah posting yang tidak ditutup ruangan komen, ramai memuji kecantikan Shikin dengan penampilan rambut 'blonde' yang tidak ubah seperti 'minah salleh'.

Nampaknya tiada lagi adik beradik Emma Maembong yang berhijab, jika dulu hanya tinggal Shikin sahaja yang bertudung. Apapun mungkin Shikin ada alasan disebalik 'penghijrahan' yang dilakukannya.

Klik untuk gambar besar













www.myartis.com / Sumber & foto: Oh My Media & Instagram Shikin Maembong


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: