30 October 2019

ERMA FATIMA AKUI CEMBURU SETIAP KALI LIHAT WANITA HAMIL


Menerusi laman Instagram, pelakon, pengarah dan penerbit Erma Fatima telah memuatnaik video ketika bertemu usahawan Vie Shantie Khan di majlis 'baby shower' yang diadakan untuk bayi yang bakal dilahirkannya.





Melihat pada kapsyen yang ditulis, Erma mengakui cemburu melihat wanita lain yang dikurniakan rezeki untuk hamil. Menurut Erma, peluang untuk hamil anak sendiri adalah satu rezeki dan nikmat yang tidak akan diperolehi hingga akhir hayatnya.

"Aku jadi cemburu setiap kali melihat wanita hamil. Satu-satunya anugerah Allah buat seorang wanita yang tidak akan dapat aku nikmati hinggalah akhir nyawaku. Betapa beruntungnya kau @vieshantiekhan menjadi seorang wanita sejati..mendapat suami yang mencintai kau..memiliki zuriat yang menjadi simbol pada kebahagiaan kalian," ujarnya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan memberi kata-kata semangat buat Erma. Namun begitu, difahamkan Erma mempunyai lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, Ahmad Arir, Ahmad Aifin, Citra dan Nurain.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Erma Fatima


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: