30 October 2019

ISU BERTUDUNG LEPAS UMRAH - AMYRA ROSLI ENGGAN UMUM SECARA RASMI


"Saya tak nak umum secara rasmi saya sudah bertudung. Biarlah ia daripada saya sendiri. Kalau orang tengok dan merasakan ia adalah untuk karakter Dhiya, okay biarkan. Namun nanti sudah masuk sebulan dan saya masih bertudung, orang ramai boleh fikir sendiri.





"Buat masa sekarang saya memilih untuk tidak kecoh soal ini. Apa yang saya rasa dan dapat semasa berada di Tanah Suci biar saya teruskan," kata pelakon Amyra Rosli yang memilih untuk tidak menghebahkan mengenai penampilan berhijab selepas pulang dari mengerjakan ibadah umrah di Makkah.

Jelas Amyra, dia menyerahkan kepada umum untuk memikirkan sama ada imej terbabit untuk watak Dhiya dalam drama bersiri 'Cemburu Seorang Perempuan' atau sebaliknya. Tambah isteri kepada pelakon Amar Baharin ini, dia akui berasa selesa semasa mengenakan tudung: "Saya berasa sangat selesa ketika bertudung. Untuk penggambaran drama ini sendiri memerlukan saya mengenakannya dan selepas itu saya terus mengerjakan ibadah umrah".

Klik untuk gambar besar


Selain Amyra, drama bersiri terbaru, 'Cemburu Seorang Perempuan' yang menghiasi slot Dramavaganza ini turut dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Amar Baharin, Emma Maembong, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Nazrief Nazri dan ramai lagi.

Dramavaganza merupakan slot drama terbaru yang menghiasi Astro Ria dan Ria HD dan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam bermula 29 Oktober ini. Diarahkan oleh Eyra Rahman, drama bersiri ini merupakan adaptasi novel berjudul sama karya Siti Hazneza Abdul Hamid.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Amyra Rosli


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: