15 October 2019

FOTO COVER CIK B DIKECAM, DICACI - DSV TAMPIL BERSUARA


Selepas foto anaknya, Cik B menjadi penghias muka hadapan majalah Remaja mendapat kecaman, usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Vida telah tampil bersuara di laman Instagram miliknya. Dalam entri tersebut, Vida mendakwa anaknya Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin berasa rendah diri dan tidak bersemangat selepas foto tersebut menjadi bahan cacian warganet.





"Kecaman, cacian dan makian yang dilemparkan kepada Cik B @cikb_havoc66.. Ramai yang mengata Cik B, buatkan Cik B rasa rendah diri, tak semangat, suka menyendiri dan buat hal sendiri," tulis Vida yang meluahkan perasaannya itu di akaun Instagram miliknya.

Menerusi entri tersebut dia memuatnaik foto Cik B yang menjadi penghias muka hadapan majalah tersebut. Menurut Vida lagi, anaknya itu tahu segala kekurangan yang dia ada tetapi cuma mahu melakukan sesuatu kelainan.

Klik untuk gambar besar


"Nak jual kosmetik orang kutuk. Orang persoalkan warna kulit Cik B, tak putih pun.. Cik B tahu kekurangan dia tapi dia cuba buat something different," katanya lagi.

Kelmarin, Cik B mengejutkan netizen apabila tampil bergaya sebagai penghias muka depan majalah Remaja dengan imej yang berbeza.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Datuk Seri Vida & Cik B


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: