15 October 2019

AKUI TOLAK TAWARAN GV SECARA BAIK - IWAN MAHU CARA SENDIRI


"Saya pernah mendapat tawaran GV tapi pada masa itu saya tidak bersedia untuk kembali menyanyikan lagu-lagu komersial. Bukanlah saya nak menyombong tetapi biarlah saya dengan cara saya. Kini saya giat berdakwah, memberikan ceramah dan rasanya lebih tenang," ujar bekas penyanyi dangdut, Iwan Shahman.





Iwan mendedahkan dia pernah menerima tawaran untuk menyertai program Gegar Vaganza (GV) namun menolaknya dengan cara baik. Menurut Iwan, dia kini lebih selesa untuk memilih jalan dakwah selepas berhijrah kira-kira enam tahun lalu.

Tambah Iwan lagi, dia tetap memberikan sokongan kepada rakan-rakan seperjuangan yang menyertai rancangan tersebut: "Saya berdoa agar rakan-rakan selebriti yang lain sentiasa dipanjangkan umur, murah rezeki dan mendapat petunjuk daripada Allah SWT".

Sedikit perkembangan terbaru, Iwan bakal muncul pada konsert Malam Sinar Maulidurrasul bersama Rabbani, Daqmie dan Datuk Ustazah Siti Nur Bahyah yang akan diadakan pada 15 November bertempat di Tapak Bazarena Stadium Malawati Shah Alam.


www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: