15 October 2019

WAN SHARMILA KINI SUDAH BERTUDUNG?


Pelakon Wan Sharmila yang masih kelihatan muda walaupun sudah menginjak usia 38 tahun itu sejak kebelakangan ini, memuatnaik beberapa gambar yang menunjukkan dirinya bertudung di laman Instagramnya. Seperti yang semua ketahui, Wan Sharmila sudah sekian lama tampil dengan imej wanita ayu dengan rambutnya yang panjang mengurai.





Jadi, rata-rata peminat dan juga netizen berteka-teki sama ada Wan Sharmila yang sudah hampir 15 tahun berkecimpung dalam dunia seni itu telah pun mengambil keputusan untuk berhijrah dan mengubah imejnya agar tampil lebih muslimah.

Wan Sharmila kini sedang menenangkan dirinya dengan bercuti di Jepun. Kesemua gambar yang diambilnya ketika di sana juga jelas menunjukkan bahawa dia berhijab penuh. Walaupun tiada kenyataan rasmi daripada tuan punya badan sendiri. Ramai peminat yang memuji penampilan terbarunya itu dan berharap agar dia kekal istiqamah sekiranya dia benar-benar sudah berhijrah.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Wan Sharmila


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: