23 October 2019

GEMBIRA & LEGA PUTUS TUNANG - AISHAH AZMAN AKUI SUDAH 'MOVE ON'


Kini menjalani kehidupan yang lebih bahagia selepas melalui konflik putus tunang dengan pelakon Syafie Naswip Julai lalu, pelakon Aishah Azman atau nama penuhnya Nor Aishah Afika Azman Shah, 23, berkata dia juga sudah 'move on' dan enggan mengenang kembali pengalaman hitam yang dilaluinya sebelum ini.





"Alhamdulillah saya sangat gembira, kehidupan lebih baik... rasa lebih lega. Orang pun dah kurang bertanya tentang kisah putus tunang tu dan saya sendiri dah tak nak layan perasan-perasaan tu,” kata Aishah.

Untuk rekod, Aishah dan Syafie melangsungkan pertunangan pada 7 April lalu selepas saling mengenali sejak 2015. Namun ikatan pertunangan mereka terlerai pada 21 Julai selepas berlaku insiden tidak diingini apabila Syafie didakwa mencederakan Aishah.

Syafie yang terkenal dengan filem 'Mukhsin' itu turut ditahan polis bagi membantu siasatan atas atas dakwaan ugut dan mendatangkan kecederaan.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Aishah Azman & Syafie Naswip

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: