23 October 2019

BILA SHAM VISA TERIMA 1,000 MESEJ SETIAP HARI TERUTAMA ISTERI ORANG


Nama bekas penyanyi utama kumpulan Visa, Rohisham Hashim atau Sham kembali hangat diperkatakan sebaik sahaja menyertai program realiti Gegar Vaganza musim keenam (GV6) 2019 setelah hampir 15 tahun menyepikan diri. Meskipun usia mencecah 47 tahun, ramai memuji penampilan Sham yang masih lagi kelihatan segak, malah ada yang memberikan gelaran Tony Stark Malaysia.





Terbaru, Sham mengakui menerima lebih 1,000 mesej di Instagram setiap hari dan sebahagian besarnya wanita yang sudah berkahwin. Dalam masa sama, Sham menafikan ada menerima pesanan berbaur lucah atau gambar keterlaluan daripada peminat. Penyanyi yang pernah popular dengan lagu 'Dalam Gerimis' itu menzahirkan rasa terharu dan berterima kasih kepada peminat kerana masih menerimanya meski hampir 15 tahun menyepikan diri.

"Alhamdulillah, setakat ini saya tidak pernah menerima apa-apa mesej atau gambar berbaur lucah. Kebanyakan mesej yang dihantar peminat adalah untuk mengucapkan tahniah dan memberikan kata-kata sokongan apabila saya kembali aktif," katanya.

Ujarnya lagi, baru saja dua minggu membuka akaun Instagram, pengikutnya melonjak lebih 35,000. Dalam pada itu, Sham berterima kasih kepada peminatnya yang meminatinya kerana bakat dan menghormati statusnya sebagai suami orang: "Kebanyakan peminat saya sudah dewasa dan boleh berfikir. Mereka menjaga batas dan saya sangat berterima kasih".

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Sham Visa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: