23 October 2019

AMAR ASYRAF PILIH 'KUNCI MULUT', TAK MAHU KERUH LAGI KEADAAN


"Saya memilih untuk tidak memberikan sebarang kenyataan bagi menjawab luahan yang dibuat Vivi dan Ellika. Sebagai manusia, saya banyak belajar daripada kesilapan dan biarlah masa menentukan segala-galanya. Saya juga tidak mahu membuka aib sesiapa dengan memberikan kenyataan balas.





"Buat masa ini, saya tidak bersedia memberi komen lanjut dan berharap, semua pihak menghormati pendirian saya," tutur pelakon Amar Asyraf yang mengambil pendekatan mengunci mulut bagi mengelak kenyataannya mengeruhkan keadaan, sekali gus memanjangkan lagi kemelut yang sedia tercetus.

Amar, 33, berkata, dia banyak belajar daripada kesilapan dan menyerahkan kepada masa untuk menentukan semuanya, biarpun dihujani kenyataan daripada isteri keduanya, Vivi Jeffry serta wanita yang dikaitkan dengannya, Ellika Azman.

Terdahulu, Amar terpalit dalam kontroversi apabila Ellika membuat pendedahan dengan mendakwa, dia menjalin cinta dengan pelakon itu sejak September tahun lalu. Ellika juga mendakwa, mereka sepatutnya bernikah di Thailand antara 11 hingga 13 Oktober lalu, tetapi terpaksa membatalkan perancangan itu selepas dia mengetahui Amar mempunyai dua isteri.

Klik untuk gambar besar


Kemelut rumah tangga Amar semakin hangat apabila Vivi menerusi Instagram meminta pelakon itu menjadi lelaki sejati dan bertanggungjawab terhadap perkahwinan mereka. Vivi berkata, dia tidak berniat mengeruhkan lagi keadaan, sebaliknya memohon Amar mengetepikan ego dan menyelesaikan masalah yang dihadapi demi anak mereka yang memerlukan perhatian serta kasih sayang seorang bapa.

"Cukuplah apa yang berlaku sebelum ini dan selebihnya, memadai hanya isteri dan keluarga yang tahu. Tidak perlu saya jelaskan kepada umum kerana bimbang ia memberi kesan pada hubungan baik saya dan keluarga," katanya.

Untuk makluman, Amar yang berasal dari Masjid Tanah, Melaka mendirikan rumah tangga dengan Arna Salleh (isteri pertama) pada 7 Jun 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata, Amar Taufik serta Ammara Dian.


www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Amar Asyraf


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: