16 October 2019

GUNA KATA-KATA TERAKHIR SULLI F(X) - HANEESYA HANEE DIKECAM


Nampaknya nama model dan pelakon Haneesya Hanee sering menjadi bualan ramai sejak memang Artis Baru Wanita Popular di ABPBH baru-baru ini. Lebih hangat apabila ibunya mahu menyaman netizen yang mengutuk dan memberikan gelaran melampau terhadap anaknya.





Mungkin tidak tahan dengan kecaman dilemparkan terhadap dirinya, Haneesya membuat keputusan mengundurkan diri daripada laman Twitter. Menerusi status tersebut, Haneesya turut memohon maaf kepada netizen. Bagaimanapun, statusnya itu menimbulkan kemarahan netizen apabila mendapati kenyataan tersebut seakan sama seperti kata-kata terakhir selebriti K-pop, Sulli f(x) yang ditemui mati di kediamannya petang kelmarin.

Rata-rata netizen menyelar tindakan Haneesya seolah sengaja menagih simpati. Ada meluahkan rasa tidak puas hati dengan menyifatkan perbuatan Haneesya itu tidak sensitif kerana ramai yang bersedih di atas apa yang berlaku kepada artis Korea itu. Meskipun dikecam teruk, bagaimanapun status tersebut masih belum dipadamkan lagi dari akaun Twitter Haneesya.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Haneesya Hanee


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: