21 October 2019

KEKASIH MAHU CEPAT KAHWIN: "DIA HANYA TUNGGU KEPUTUSAN SAYA" - RUHAINIES


"Si dia (kekasih) okay sahaja bila nak kahwin, dia sendiri pernah cakap kalau boleh nak cepat-cepat kahwin dan tak mahu tangguh. Tapi saya minta masa sebab tak ada apa yang nak dikejar dan ada perkara yang harus diselesaikan dulu.





"Sekarang ini dia hanya menunggu keputusan saya, kalau semua dah okay dan saya sudah bersedia, dia akan teruskan bila-bila masa sahaja. Lagi satu saya nak tunggu Risteena (kakak) naik pelamin dulu, tak mahu langkah bendul!" kata pelakon Ruhainies yang memberitahu kekasihnya yang dikenali sebagai Mr E ada menyuarakan hasrat untuk melamarnya dalam masa terdekat dan menunggu waktu sesuai.

Ruhainies bagaimanapun berkata, dia tidak mahu terburu-buru menamatkan zaman bujang kerana memberikan ruang kepada kakaknya yang juga pelakon Risteena melangsungkan pernikahan terlebih dahulu. Ditanya adakh dia bersedia untuk meraikan hari bahagia bersama kakaknya dalam satu majlis, pelakon drama 'Hello Mr Perfect!' ini memberitahu lebih baik jika diadakan secara berasingan.

"Sekarang ini kita ikut turutan, biarlah Risteena kahwin dulu. Majlis pun buat asing-asing tak mahu sekali! Kita kahwin hanya sekali, kalau boleh biar jadi kenangan dan orang ingat. Nampaknya kalau Risteena tangguh, kami pun kena tangguhlah! Apa-apa pun ia berbalik kepada jodoh. Kalau ditakdirkan saya kahwin dulu sebelum Risteena, saya terima sahaja," ujarnya yang enggan bertunang dalam tempoh masa terlalu lama.

Klik untuk gambar besar


Dalam perkembangan lain, Ruhainies telah melancarkan kafe Bites Dessert yang terletak di Plaza Arkadia, Desa Park City, Kuala Lumpur pada Sabtu lalu. Bercakap mengenai Bites Dessert, Ruhainies berkata kafe tersebut menyediakan hampir 50 jenis pencuci mulut untuk pelanggan.

Kafe yang mengambil konsep dari Korea Selatan dan Eropah itu menyediakan hidangan istimewa seperti kek, biskut, coklat, ais krim dan pelbagai lagi menu pencuci mulut. Ilham dan idea untuk membuka kafe itu diperoleh ketika dia dan kekasih melancong ke luar negara.

"Saya banyak jelajah negara Eropah dan di sana saya nampak banyak kafe berkonsep begini tapi dekat Malaysia tak ada. Jadi, bermula di situ idea untuk gabungan kafe berkonsepkan Korea dan Eropah. Sejujurnya saya dan kekasih memang minat dessert, jadi kita sama-sama buka kafe ini. Dia beri sokongan penuh terhadap perniagaan saya ini. Insya-Allah kalau kafe ini mendapat sambutan kita akan buka di cawangan lain pula nanti," tuturnya.










www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Ruhainies


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: