21 October 2019

ZARINA ZAINUDDIN: "SAYA BERSYUKUR... TERIMA KASIH MADU AJAK SAYA....."


Berangkat ke Tanah Suci Sabtu lalu bersama madu, ibu, anaknya dan jemaah yang lain untuk mengerjakan umrah, pelakon dan usahawan pulut kuning, Zarina Zainuddin dalam satu entri terbarunya, meluahkan rasa syukur ke hadrat Illahi kerana diberi peluang untuk melawat rumah Allah.





"Ya Allah saya bersyukur dijemput ke rumah-Mu. Terima kasih madu saya ajak saya pergi bimbing saya fardu dan rukun umrah juga solat solat sunat sepanjang di sini. Bahagianya saya rasa kerana saya ditemukan Allah dengan insan yang baik hati yang membimbing kami sekeluarga ke arah kebaikkan," tulis Zarina.

Zarina juga berkongsi rasa syukur kerana malam tadi dapat bersolat di Rawdah walaupun terlalu ramai orang di sana: "Semalam dapat solat di rawdah walaupun terlalu ramai tolak menolak kerana semuanya ingin solat di bahagian depan rawdah rebut peluang sementara masih ada disini.

Klik untuk gambar besar


"Saya berdoa semuga anda dan keluarga anda diberikan kesihatan yang baik dipermudahkan segalanya dalam menempuh ujian Allah diberikan rezeki yang halal dan mendapat berkat dalam hidup dengan tenang dan berbahagia dunia akhirat, amin," tulis Zarina lagi.

Zarina Zainuddin bersama madunya Datin Seri Hajah Norhasimah Mohd Noor, ibunya Zahura binti Abdul Mutalib dan anaknya Muhammad Raizal Azrai bin Abu Raihan ke Mekah menunaikan umrah bersama saudara jemaah yang lain.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Zarina Zainuddin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: