Sebelum ini kecoh apabila Rihana Oksana Gorbatenko mencabar Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V melakukan ujian DNA terhadap bayi berkenaan selepas peguam baginda mempersoalkan bahawa tiada bukti mengatakan Sultan Muhammad V adalah bapa kandung kepada bayi berkenaan.

Terbaru, Rihana dikatakan telah memfailkan petisyen paterniti di Mahkamah Rusia semalam dan nampaknya teka-teki siapakah ayah kepada Leon, bakal diketahui tidak lama. Difahamkan, Rihana menfailkan kes tersebut berikutan tuntutannya untuk mendapat elaun bulanan kira-kira RM123,000 dan hartanah di Moscow dan London bernilai RM47 juta tidak dilayan.
Sekiranya Sultan Muhammad V enggan menghadiri pendengaran kes atau menjalani ujian DNA, mahkamah boleh menerima tuntutan paterniti Oksana melalui penghakiman ingkar. Dalam pada itu, Oksana menegaskan Leon merupakan anak hasil perkahwinan mereka dan mendakwa wajah anaknya seiras Sultan Muhammad V: "Mukanya serupa bapanya dan berwajah Asia," kata Rihana dalam satu temu bual.
Baru-baru ini, Rihana mendakwa terpaksa menjual cincin kahwin bernilai RM1 juta bagi membayar bil perubatan. Ujarnya lagi, dia dan anaknya tidak bertemu dengan Sultan Muhammad V sejak Disember tahun lalu serta mendakwa baginda seolah cuba bersembunyi daripadanya.
Klik untuk gambar besar

www.myartis.com / Sumber: Free Malaysia Today & Daily Mail
________________________

No comments:
Post a Comment