09 October 2019

MAHU TERBAIK BUAT DIRI & ANAK - ADIRA MINTA DOAKAN URUSAN LANCAR


Sebaik selesai prosiding perlantikan hakam oleh mahkamah berhubung permohonan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat hari ini, penyanyi Adira Suhaimi, 28, telah dikerumuni wartawan sebaik keluar dari bilik perbicaraan pada jam 3.30 petang.





Adira ketika ditemui enggan mengulas lanjut berikutan masalah rumah tangganya dan suami, Datuk Seri Adnan Abu, sudah dibawa kepada pengetahuan hakim. Sebaliknya, Adira atau nama penuhnya, Siti Adira Suhaimi, 28, meminta orang ramai mendoakan semoga segala urusannya lancar.

"Saya hanya mahu yang terbaik buat anak-anak. Maaf, saya tidak boleh membuka mulut mengenai perkara ini kerana masih dalam proses Mahkamah Syariah. Saya hanya mahukan yang terbaik buat diri dan anak-anak. Insya-Allah, apabila tiba masanya, pasti saya akan berkongsi kepada umum mengenai status diri. Buat masa ini, doakan yang terbaik buat saya," katanya.

Klik untuk gambar besar


Adira berkahwin dengan Adnan atau lebih dikenali sebagai Datuk Red, sebagai isteri kedua di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Sejak beberapa bulan lalu, gosip bertebaran konon rumah tangga penyanyi Pujaan Hati itu berantakan.

Namun, baik Adira mahupun Adnan, masing-masing menafikan perkara itu dan mempertahankan rumah tangga mereka masih utuh. Pasangan ini menimang cahaya mata sulung yang diberi nama Anggrek pada 10 Mac 2017. Anak kedua, Assan dilahirkan pada 9 September 2018, manakala anak ketiga yang dinamakan Anggun, dilahirkan pada 8 Ogos lalu.

Adnan mempunyai lima anak hasil perkongsian hidup bersama isteri pertama, Sharifah Norshafila Hassim. Usahawan itu juga pernah berkahwin dengan seorang wanita lain dan dikurniakan dua anak, masing-masing berusia 15 dan 20 tahun.




www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: