25 October 2019

"MUATNAIK RUMAH BARU KAMI ITU BUKAN ISTERI TETAPI SAYA" - EZAD LAZIM


Mengulas sikap warganet yang menempelak isterinya, Nor Azeana Ramli atau Zeana kononnya mahu bermegah dapat membeli rumah teres dua tingkat, penyanyi Ezad Lazim menjelaskan dia yang memuatnaik gambar rumah yang baru dibelinya di laman Instagram (IG) sebagai penghargaan dan berkongsi pengalaman bagaimana dia dan isteri bekerja keras untuk merealisasikan impian itu.





Ezad berkata, kebetulan sewaktu merakam gambar kediaman berkenaan, Zeana turut berada di situ: "Masalah yang muatnaik gambar rumah baru kami itu bukan isteri tetapi saya. Zeana tidak ada pun memuatnaik gambar rumah yang baru kami beli.

"Maklumlah, saya terlalu teruja kerana ini pertama kali pinjaman untuk membeli rumah diluluskan pihak bank. Bagi yang mengikuti perkembangan saya pasti sedia maklum macam mana kehidupan saya sebelum ini. Bila saya berjaya bangkit kembali dan dapat pula menyediakan rumah untuk keluarga, mestilah saya teruja," jelasnya.

Klik untuk gambar besar


Jelas Ezad lagi, dia memohon maaf andai keterujaannya memuatnaik gambar kediaman itu menyinggung perasaan atau menimbulkan rasa kurang senang mana-mana pihak: "Niat saya baik. Mungkin ia boleh beri inspirasi kepada masyarakat tetapi tak sangka pula ada yang kata kami riak dan mahu menunjuk".

Penyanyi utama kumpulan Exists itu turut menyarankan individu yang menempelak dan menuduh isterinya supaya melihat IG Zeana. Sementara itu, Zeana yang juga pengurus Ezad di IG menjelaskan pelbagai kerja dilakukan bagi membolehkan mereka membeli kediaman itu.

"Bukan mudah untuk kami mendapatkan kediaman sendiri. Berkali-kali memohon pinjaman tetapi ditolak pihak bank. Saya sendiri berusaha menyediakan dokumen dengan bantuan setiausaha syarikat bagi membolehkan impian kami ini jadi kenyataan. Sebagai suami, apabila melihat usaha dilakukan sudah tentu dia berasa bangga dan dia mahu berkongsi rasa teruja," katanya.






www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Ezad Lazim


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: