25 October 2019

ISTERI HAMIL 7 MINGGU - ANAK-ANAK TOMOK YAKIN DAPAT ADIK PEREMPUAN


Hari ini, penyanyi Tomok menerusi laman Instagram miliknya telah berkongsi berita gembira dimana isterinya, Rahayu Abas, kini sedang hamil cahaya mata ketiga mereka. Dianugerahkan dua hero, Tomok akui Rahayu atau Ayu berharap dapat menimang anak perempuan pula bagi melengkapkan keluarga mereka.





"Alhamdulillah, kandungan isteri kini sudah masuk tujuh minggu. Saya berkongsi mengenainya di laman sosial kerana teruja dengan berita kehamilannya dan berharap orang ramai juga turut mendoakan yang baik-baik buat isteri serta bayi dalam kandungan.

"Alahan Ayu kali ini juga nampaknya berbeza berbanding sebelum ini. Namun, saya enggan meletakkan harapan tinggi. Lelaki atau perempuan, apa yang penting bayi itu sihat. Begitupun, Ayu semestinya berharap dapat menimang puteri pula bagi melengkapkan keluarga kecil kami," katanya.

Klik untuk gambar besar


Ditanya mengenai reaksi kedua-dua anak lelakinya, Tomok berkata, Arrian dan Andra cukup teruja apabila diberitahu bakal mendapat adik: "Malah, mereka turut memberikan nama dan begitu yakin akan mendapat adik perempuan. Lucu juga dengan gelagat mereka berdua".

Tambah vokalis New Boyz itu, masih terlalu awal untuk mereka mengetahui jantina bayi kerana kandungan baru hendak masuk dua bulan. Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 35, mendirikan rumah tangga dengan Ayu pada 2 Julai 2011. Mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Arrian Akid, 8, dan Andrashah Iman, yang kini berusia lima tahun.








www.myartis.com / Sumber: Berita Harian & Instagram Tomok


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: