25 October 2019

AISHAH AZMAN ENGGAN ULAS ISU TTL TERHADAP LAPORAN KES SYAFIE


"Sorry, I'm not interested (Maaf, saya tidak berminat)," demikianlah komen ringkas pelakon Aishah Azman ketika ditanya berhubung kes bekas tunangnya, pelakon Syafie Naswip apabila pihak pendakwa raya membuat keputusan kes adalah Tiada Tindakan Lanjut (TTL) kerana tiada keterangan yang mencukupi.





Ramai yang ingin tahu apakah reaksi Aishah selepas mendapat tahu berita tersebut. Bagaimanapun, dia enggan memberikan komen lanjut mengenainya. Beberapa bulan yang lalu, kecoh kisah Syafie dan Aishah putus tunang. Situasi kemudian bertukar tegang apabila Aishah mengambil keputusan untuk membuat laporan polis.

Dunia hiburan dihebohkan dengan berita mengenai seorang pelakon lelaki yang ditahan polis selepas membelasah bekas tunangnya kerana berang apabila wanita itu memintanya memutuskan hubungan songsang dengan kenalannya, 26 Jun lalu. Netizen mula berspekulasi dan mendakwa Syafie merupakan individu yang dimaksudkan kerana dia baru saja putus tunang dengan Aishah.

Untuk rekod, Syafie dan Aishah bertunang pada satu majlis yang diadakan pada 7 April 2019 bertempat di Forest Valley Hall, Cheras. Namun, kedua-dua pasangan itu mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan pada 21 Julai tahun yang sama.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Aishah Azman & Syafie Naswip


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: