25 October 2019

SHARNAAZ: "SEDIH TAK GUNA... BUAT TERBAIK UNTUK TERUS HIDUP....."


Pelakon Sharnaaz Ahmad mengambil pendekatan untuk tidak membiarkan dirinya dalam kesedihan, walaupun kemelut rumah tangganya bersama isteri, Noor Nabila belum berkesudahan. Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 34, berkata, dia hanya mahu buat yang terbaik dalam hidupnya dan masa depan.





Perkara itu dikongsi Sharnaaz yang kini popular menerusi drama 'Lelakimu Yang Dulu' di laman Instagram bagi menjawab komen peminat @nurr.diyana yang bertanya bagaimana Sharnaaz begitu kuat dan mampu tersenyum dalam keadaan dilalui kini.

"Sedih pun tak guna. Baik buat terbaik untuk terus hidup dan bahagia dengan masa hadapan," tulis Sharnaaz yang mendapat 90 tanda suka dan dipersetujui oleh beberapa komen lain daripada pengikutnya di Instagram.

Klik untuk gambar besar


Sebelum ini Sharnaaz dilaporkan memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 30 September lalu. Sharnaaz bertindak memfailkan permohonan berkenaan terhadap Noor Nabila untuk memperbetulkan keadaan serta spekulasi yang berlegar-berlegar mengenai rumah tangga mereka.

Mahkamah kemudian menetapkan 6 November ini untuk sebutan semula kes. Mahkamah sama turut menetapkan 6 November ini untuk Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang dilantik Sharnaaz dan Noor Nabila mengemukakan laporan berhubung kemelut rumah tangga mereka.

Perlantikan JKP itu adalah susulan Sharnaaz tidak bersetuju dengan tuntutan cerai Noor Nabila yang memfailkan permohonan cerai secara baik pada 27 Ogos lalu. Sharnaaz dan Noor Nabila mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak, Jebat Jayden Ahmad yang kini berusia setahun.












www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Sharnaaz Ahmad


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: